Friday

Baju Perang

Perghhh boleh stim oo tengok diri sendiri dalam suit ni
Nak beli atau tak? Berbaloi atau tidak? Suit bukan murah. Paling cikai RM1.4k. Itupun suit cap Pakistan yang terbukti depan mata aku ketidak tahanannya ke atas impak seretan 80km/j. Member aku jatuh kat Karak gara-gara hendak mengelak eksiden kat selekoh ‘terbaik!’. Mula2 tetas sikit, lama bila kena angin, tetasnya merebak sampai ke bahu. Tak pasal-pasal kawan aku terpksa ikat lengan dia dgn getah tempe. 

Masa puasa tahun lepas, aku dengan hubby singgah ke sebuah kedai di USJ sebab nak tengok sorang lagi kawan aku yang nak ambil racing suit dia. Custom design. Boleh tahan jugak. Harga suit dia almost RM2k++… gulp! Aku siap tanya kat mamat kedai tu, untuk saiz aku yang petite ni agak-agak boleh dapat murah tak dlm 1.4k jer ke. Sambil 'korek hidung' mamat tu berkata, “kak, 1piece or 2 piece, any size. Harga tetap sama..” Huaaaa! 

Bila duduk borak-borak dengan NJ, soalan pertama yang terpacul di mulutnya ialah, “Awak nak pakai racing suit tu nak buat apa? Berapa laju awak nak bawak smpai kena pakai racing suit?” Hahaha! Memang aku ketawa sambil tersipu-sipu malu. Yelaa, kalau difikirkan balik motor aku tu stakat 250cc jer. Speed aku pun taklah sampai mana. Paling laju aku pernah sesah Zzr pun 200kmj. Untuk layan karak, paling laju aku pernah swing corner 100 kmj jer. Kadang-kadang ada jugak aku nampak ramai jugak yang dok melayan Karak/Awana/Cameron Highlands dengan riding gear biasa-biasa jer. Asalkan ia sedikit sebanyak dapat mencegah badan dari cedera teruk bila berlaku perkaa yang tak diingini. 

Akhirnya aku menjawab,”Abang, klu laa Sepang Circuit tu boleh pakai riding gear biasa, saya idokler lorat sangat nak mencari suit mcm sekarang ni. Agak-agak dah layan 5-6 kali Sepang tu, dah posing kamera 8-9 shot, saya jual laa suit tu kat Mudah.my” -Statement Rider posing- hehehe. Alang-alang dah layan mtor cc besar, aku nak jugak belajar macam mana nak sagat slider kat tar. Sebab tu aku beriya-iya ajak NJ ke Sepang Circuit. Tempat paling sesuai dan selamat untuk belajar dan mempraktikan seni tu. Bukan di jalan-jalan biasa. Dan, kalau tengok Lil'Rusteze yang rendah lagi bentek tu, aku bertambah yakin aku boleh turun dengan selambanya eceewah.

Apapun, aku tau. Apa saja yang aku buat dengab jentera gemok ni, aku perlu sentiasa peka dan waspada. Aku ada suami, dua anak dan komitmen yg sedang dipikul…. InsyaAllah… NJ pun selalu pesan, jangan terburu-buru sebab benda ni hobi jer. Hobi mahal. Sekali masuk jer dah beratus ringgit. Kalau nasib tak baik tergolek doggy kat dalam trek, untuk motor je paling busuk kena tukar fairing... semuanya kena sedia. Bukan setakat masuk suka-suka. Kena fikir jangka panjang juga. ;)


Antara Awek Bikers yang telah mengasah tayar di SIC. Aku jadi spectator je.







No comments:

Post a Comment