Friday

Bila Nak Ride Ni Oi!!

Gedik nak camwhore... Bukak je baju peluh macam banjir!

Wohooooo! Lengkap sudah suitku!! Sehari sebelum raya, aku pergi langsaikan bayaran akhir suit aku di Mecinda, Pertama Complex. Suit aku ni second hand. Lepas kautim dengan 1st owner, barulah aku dapat bayar suit tu dua kali. Ni kautim dengan owner suit tu yer. Bukan dengan tokey kedai.

Seminggu berlalu (sebab raya), minggu ni masuk minggu akhir Ogos 2012. Suit dah ada, helmet dah ada, Glove dah ada. Boot pun dah ada. Dari hari ke hari, asal masuk bilik depan je nak ambil helmet pergi kerja, mata aku tak lepas pandang set suit tu. 

Kesian dia. Dah macam gajah putih rupanya. Habis tu nak buat macam mana? Aku memang tak ada masa nak bawak pergi jalan. Karang, ku sarung bawak pergi ofis kang....haaaa. 

2-3 hari lepas, dalam dok melayan BBGroup, dua-tiga kawan mencadangkan untuk bersarapan di Pekan Karak Ahad ni. Pucuk dicita ulam mendatang! Aku pun 'angkat tangan' "ON!" 

Tengah-tengah seronok merancang dengan kawan-kawan, NJ hantar text dekat group,"Sya tak boleh lah dude, Mak mertua dan abang ipar dia nak naik KL. Abg ipar dia nak balik Bintulu." Ok, saya terasa durhaka kat mak mertua. 
  
Dengan pengisytiharan NJ tersebut dalam BB Group, secara automatiknya sesi melembutkan suit dibatalkan.  Nangis tepi suit jap..huhu

Episod royan racing suit tak habis di situ je. 

Semalam aku off. Sambil duduk sarapan, mata aku terpandangkan mesin Jahit Tepi di sebelah meja makan. Entah apa fe'el aku semalam, aku paksa Ony adik aku datang ke rumah. Maka bermulalah perangai tak senonoh aku. Hasilnya, aku kongsi pada group menjahit Facebook.

Akak-akak yang suka merempit kain ni memiliki hasil kerja tangan yang superb! Kalau buat dress budak memang boleh jual kat Jusco! Korang jangan tanya aku pasal menjahit. Jahit seluar tido budak bolehlah. Itupun senget benget.


                                                                          LAYAN!














No comments:

Post a Comment