Thursday

Edisi Mengelap Helmet

Assalamualaikum... Hari ni masuk kerja tengahari. Rutin kami macam biasa. NJ hantar Nanie pergi sekolah. Tapi kali ini, NJ kena patah balik ambil aku pulak pergi ke pejabat. Aku  tinggalkan Exora kat parkir RTM. Sambil menunggu NJ balik dari menghantar Nanie, aku dok klebet helmet pusaka ku..huhuhu. "Burok dan hudoh!!" Lama sungguh aku tak mengelap helmet aku ni. Segala macam griss dan kotoran melekat pada dia.

Balik dari ambil Exora, aku letak helmet atas meja. Kesian dia tak berbela. Mengelap helmet jenis matte sticker agak leceh sikit berbanding cat biasa atau jenis cat matte. Biasanya aku guna sabun basuh pinggan. Tapi aku paling nyampah nak kena pakai glove la bagai dek chemical sabun basuh tu. Sabun basuh baju tak jalan yer tuan-tuan dan puan-puan! Aku dah pernah cuba. Hehe. Kes di sini ialah aku terpaksa sental helmet ni. Bukan setakat nak lap manja-manja macam basuh pinggan gituh. Sebab tu aku kena pakai glove. Kalau tak pakai, kulit tapak tangan mesti mengelupas. 

Kenapa tak beli helmet cleaner? Kalau ada sepuluh helmet, baru aku beli kot. Lap helmet 5-6 bulan sekali jer. hehehe.



Comot tak helmet saya? hahahah




Yup! Basic H. Organic Super Cleaning Concentrate. Ini pertama kali aku cuba. Biasanya aku guna buat lap meja dengan lap lantai jer. Untuk penyediaan satu botol spray, hanya letak 2-3 titik sahaja. Itu pun dah berbuih. Tak perlu pakai banyak-banyak sampai penuh satu penutup botol. Kalau nak lap lantai letak 8-10 (aku agak2 je ni.. tengok berapa banyak air yang digunakan).




Untuk bahagian Griss yang degil nauzubillah tu, aku titikkan pada disposable cloth. Lumur dulu pada griss, biarkan beberapa saat.......yer....kiraan SAAT sahaja. Bukan Minit.  Kemudian, gosok dengan gemilangnya.. lol! 

Hasilnya..TADAA!!!! Aku sendiri pun kagum weehuuu. Tapi, jangan lah mimpi sticker helmet ni kembali memancar macam baru keluar dari kotak. Nama pun matte sticker. Putih pulak tu. Ia akan berlapuk. Tapi biarlah bersih, sedap mata memandang... 


Akhirnya.....sojuk mata den mandang





No comments:

Post a Comment