Saturday

Cucur Lobak


Assalamualaikum...


Hari ni buat resipi cucur lobak merah. Kesian pulak bila tengok NJ dah jarang sarapan kat rumah. Asyik kat luar jer dengan anak-anak.
Untuk panduan aku dan blog walker. Manalah tau dah lama tak masak tiba-tiba lupa nal buat cucur. Sekurang-kurangnya SeniJari boleh dijadikan panduan.

Bahan-bahan

Setengah mangkuk ayun Tepung gandum
Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar
Setengah batang lobak merah diparut. Terpulang nak parut kasar atau halus.
Air
Garam
Serbuk perasa (jika mahu)
Minyak menggoreng.


Cara memasak:

-Panaskan minyak dalam kuali.
-Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam mangkuk berisi tepung.

-Masukkan sedikit demi sedikit air ke dalam bahan tadi. Yang ni aku tak pandai nak exact measure tahap air. Agak2 adunan tidak terlalu lembik, boleh dipunjut dengan tangan. 
-Guna tangan atau sudu, punjut adunan dan masukkan dalam minyak panas.

Siap!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak buat sos sendiri tak?
Bahan-bahannya...
5 batang cili kering (potong, rendam dalam air panas)

1 ulas bawang putih
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa.
Satu cawan Air masak


Cara membuat:

-cili kering+bawang putih+ sedikit air =blender
-masukkan gula dan garam. Blender. 
-masukkan air asam jawa sedikit. Yang ni kena agak2. Sebab kadang-kadang asam jawa tu aku terbuat pekat. Kadang tercair. Jangan masam sangat sos tu. X sedap!
-Air pun kena agak-agak jangan terlalu cair sangat.

Sedia hidang.

*ini teknik sos instant sebab tu aku rendam cili kering dalam air panas, dan guna air masak untuk blender. 
*uols boleh jugak masak, dan tambah tepung jagung yg telah dibancuh dengan air untuk memekatkan sos. Lagi satu, sos boleh tahan lama sikit. 
Tapi aku ni jenis masak one shot. Klu simpan-simpan gerenti tak pakai lepas tu. 


**Untuk yang rajin blog walking dialu-alukan share bahan dalam SeniJari tapi mohon beri kredit dan link blog ni. Terima Kasih 






No comments:

Post a Comment