Tuesday

Nasi Lemak Cendawan Goreng Pantai Dalam


Assalamualaikum
Dari hari ke sehari aku nak post pasal cendawan goreng dekat gerai emak. Sebenarnya ada banyak cerita nak di-publish tapi tak berkesempatan. Semuanya status draft. Bukan malas, tapi badan cepat lesu  bila kandungan masuk 7 bulan ni. Dok bawak 'telur dinasour' kesayanganku kehulu ke hilir macam tak mengandung. Balik je rumah dah terlentang kepenatan. 

Okay dude and darl, aku cerita sikit pasal bisnes Nasi Lemak Emak.
Emak memang dah lama berniaga nasi lemak dekat Kondo Rakyat Pantai Dalam. Seawal 7.30 pagi ayah akan turun membuka gerai di kawasan parkir bawah blok kami. Tak jauh pun. Tolak lauk dengan troli je. Lebih kurang pukul 8.00 pagi, mak pulak gantikan ayah, sebab ayah dah gesa nak pergi kerja. Ayah satu ofis dengan aku tapi dia di bahagian Dasar dan Penyelidikan. Boleh katakan hari-hari kitorang sarapan bersama-sama. Best weh sarapan dengan ayah. Macam-macam ilmu boleh dikongsi. Dari ilmu agama, hal ehwal kelaurga sampailah ke gosip dalam RTM. hehe. 
Kisah emak di gerai--
Emak tak berniaga sendirian. Wati, pembantu Indonesia memang tolong mak tiap-tiap hari. Tak menang tangan emak kalau menjual sorang diri. Adik-adik semua dah tak duduk dengan emak. Adik aku yang bongsu Si Ony yang sedang belajar pun duduk di Shah Alam.

Nasi Lemak Paya Goyang
Tempat: 
Kawasan Parkir Blok 1 Kondo Rakyat Desa Pantai, Pantai Dalam
Waktu Operasi: 
7:30am - 10:30 am
Menu: 
Nasi Lemak biasa (dengan sambal)
add on--
Cendawan Goreng
Sambal paru
Rendang Kerang
Rendang daging
Rendang Ayam
Telur Goreng

Alhamdulillah.. emak dengan ayah dah 20 tahun berniaga nasi lemak. Sejak kami menetap di kawasan perpindahan rumah panjang Pantai Dalam lagi. Dulu emak ada buat donut dengan pau sambal, sekarang tak menang tangan. Emak fokus menjual nasi lemak sahaja.

(Nanti masuk venue Gerai Nasi Lemak Paya Goyang)

**************


Okay berbalik tentang Cendawan Goreng. 
Aku bagi sedikit petua nak pastikan cendawan goreng tahan garing. 
Aku pakai adunan tepung sendiri. Dah macam-macam cara aku cuba buat nak pastikan cendawan aku boleh tahan 2-3 jam sebab aku tak goreng segera dekat bawah. Tiada siapa nak jaga. Lagipun emak meniaga sekejap je.

Adunan tepung biasanya aku gunakan tepung beras, tepung jagung dan beberapa bahan lain nak kasi sedap. Tepung gandum bukan adunan terbaik untuk goreng cendawan (pendapat aku la).  Cendawan rangup sejam je, lepas tu lembik. 

Ada banyak versi goreng cendawan ni rupanya. Ada setengah orang golek cendawan atas tepung kemudian celup telur. Style aku, bancuh tepung dengan air (batter style). Minyak tak kotor. Boleh pakai sampai habis goreng. Kalau lumur tepung, minyak cepat greasy. Kena tukar minyak. Rugi. Aku jual cendawan murah je. 6 keping RM1. 

Teknik menggoreng cendawan versi SyahidahJamsari
1. Cendawan tidak boleh direndam dalam adunan tepung. Cendawan akan jadi kembang dan lembik jika dibiarkan dalam batter. Celup cendawan ketika hendak menggoreng sahaja. 

2. Api dan minyak:: Api tak boleh besar macam nak goreng pisang atau cekodok. Api kena sederhana je. Tunggu minyak betul-betul panas, kemudian masukkan cendawan sekeping demi sekeping.
 3.Biarkan cendawan betul-betul garing baru balikkan. Mula-mula cendawan nampak macam lembik je...hidup segan mati tak mau. Tapi, lama-lama cendawan dan tepung akan garing. Agak time consuming. Yer betul...maid aku start masak dari 630pagi 150 keping cendawan untuk jangka masa sejam. Kena pakai 2 kuali. Kalau tak, berjanggut ketiak menunggu.

Tunggu beberapa minit. Pecah-pecahkan cendawan yang melekat. Angkat cendawan yang dah garing.


Versi cendawan goreng selain cendawan tiram. Sebelah kiri Enoki, yang kanan Shimeji. Enoki jadi rangup ala-ala liat bila digoreng. Berbanding Enoki, Shimeji agak bertekstur dan ada rasa 'meaty' flavor. Lepas ni aku nak cuba cendawan butang dll.

Ok! Selamat memasak!! 

**Untuk yang rajin blog walking dialu-alukan share bahan dalam SeniJari tapi mohon beri kredit dan link blog ni. Terima Kasih 







No comments:

Post a Comment