Monday

GROLIER: MODUL UNTUK CUTI SEKOLAH ANAK

Assalamualaikum...

Semalam aku pergi ke Ekspo Mak dan Bayi di Mid Valley. Sebenarnya, aku kurang minat masuk ke ekspo-ekspo ni sebab ikut pengalaman aku yang suka pergi ke warehouse sale (dolu-dolu), harga barangan ekspo kebanyakannya taklah berapa sale sangat. Lagi-lagi barang bayi dan ekspo buat kat hall shopping complex. Mungkin kat tempat lain murah?

Tapi kat Midvalley tu hmm...biasa je tak de yang teruja sangat pon.

Maka pada hari Jumaat lepas, aku meneman mak-mak buyung buat lawatan sambil cuci mata ke sana. Dalam poket aku ada RM10 je, ngam-ngam untuk lunch. Pandai tak? Hahaha kalau tak, confirm hape2 ntah yang aku beli nanti. Adat mak-mak, pantang tengok yang cantik untuk anak.

Dalam menunggu kawan-kawan mengklebet satu-satu booth dalam hall tu, aku terpandangkan satu booth ni mempromosikan produk Grolier. Rasanya mesti ada yang pernah dengar. Sebenarnya, aku nak tumpang kerusi booth tu sebab punggung dh nak tercabut :p.

Sambil dengar seller tu menceceh, aku belek-belek katalog yang beliau letak depan aku. Menarik jugak sistem pembelajaran dia. Aku memang cepat teruja bab-bab teknik belajar yang tarik perhatian anak-anak aku. Lagi-lagi Mamer yang susah sikit nak fokus.

Mula-mula dia tanya anak aku pandai English tak? Aku cakap anak aku English berabuk ngalahkan aku - alasan sebab tak nak Magic English. Anak aku dah banyak dipengaruhi Live recorded online game dalam Youtube.

Lepas tanya status anak-anak aku, baru dia tunjukkan sistem yang sesuai untuk mereka. Memang menarik jugaklah.















Balik dari kerja (haha kantoi time lunch gi ekspo), aku bincang dengan NJ. Dia bebel sket lah sebab harga mahal. Loan yang budak tu offer antara 12 bulan, 18 bulan dan 24 bulan. Sebulan bergantung kepada tempoh pinjaman yang dibuat. Sebenarnya harga dia baru RM2k++ , tapi bila ambil 24bulan, jadi RM3k. which is rugi tapi ikut kemampuan ko nak bayar bulan-bulan.

Sabtunya, aku bwk laki dgn anak-anak pergi ekspo tu, Nasib baik booth budak tu tak sesak. Bila budak seller tu tunjuk kat NJ, baru dia nampak puas hati lagi-lagi bila Mamer dengan Nani nampak terjua gila dengan 'learning game' tu.

Dok kata 3 hari atau seminggu baru sampai, rupa-rupanya sehari je hahaha. Terkujat gak ah. Tapi bagi aku berbaloi dengan apa yang aku beli untuk anak-anak aku sepanjang cuti sekolah ni. Amir, tahun depan nak masuk tadika, sekurang-kurangnya aku nak ajar untuk fokus kepada cikgu dia. InsyaAllah

Antara yang aku dapat:

1. Fun Thinker (Konsep fokus)
2. Logico (Anak aku dah tahap Maximo 8-15thn)
3. Talking English siap Pen boleh berkata-kata
4. Rak buku 2 tingkat (Boleh tahan tebal gak papan rak dia bukan cikai-cikainya rak)
5....... (aku lupa)

Free stuff kononnya :
1. 1 set Encyclopedia (10 buku)
2. Buku kulit keras Marvel Comic
3. Blok binaan Morphun Junior

Masalah utama yang aku nampak sekarang ni ialah, BAGAIMANA AKU MERANCANG WAKTU PEMBELAJARAN ANAK-ANAK AKU SEMASA CUTI SEKOLAH. Dalam masa sama, aku nak diorang habiskan masa bermain bersama-sama sepanjang cuti sekolah ini.

Ya, akulah yang kena rangka jadual untuk anak-anak aku. Modul dah ada, tinggal nak buat jadual je. Ia supaya anak-anak aku tak ngadap Ipad je dan Modul yang aku beli tak jadi gajah putih.

Sekian.

Next: Jadual Waktu Cuti Sekolah Anak-anak






No comments:

Post a Comment