Tuesday

Alamak Dah tak nampak RTM! (Media City @RTM )


Apedaaa.. Nak upload gambar kena google Blogger Help dulu. Sebab tak boleh main upload via My Device/camera. Kena melalui menu Photos (icon pinwheel). Agak leceh.
Tapi akhirnya berjaya juga selesaikan masalah. Alhamdulillah.


So..... 2Januari 2018, aku cuti dan kerja sambilan Baca Berita Radio tengah malam tu. Tengaharinya, Aku dengan rakan-rakan menikmati makan tengahari di Restoran Wondermama, Bangsar Village. Sambil recce spot cantik dalam restoran tu untuk shooting linking (pengacaraan) program Do-IT.

Tengah lepak-lepak depan guard house tu, aku pun menghayati pemandangan Media City yang dalam pembinaan. Bangunan IBC dan Wisma Radio semakin ditutup oleh bangunan tinggi Media City. Tetiba rasa sayu. Mungkin selepas ni, Angkasapuri akan hanya dipinggir bangunan Media City yang hampir mencakar langit. Dengar cerita, bangunan depan aku ni adalah service apartment... Mungkin utk foreign broadcaster duduk? 🤔

Jadi, sebelum kedua2 ikon RTM ni terlindung deka bangunan tinggi aku pun ambil gambar buat kenangan.

Dijangkakan Media City akan siap bina penghujung tahun 2018 ni. Cepat jugak diorg buat kerja. Semoga semuanya baik-baik belaka.