Aku tak pernah jatuh cinta dengan kenderaan. Yang aku tau kenderaan dibeli untuk diguna pakai. Bila kotor je basuh. Minyak hitam habis tempoh, aku pergi tukar. Check air, angin tayar...isi minyak petrol....zooom! Ada aku kesah nak sayang-sayang, rindu-rinduan?! hahahaha



Dipendekkan cerita, aku dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
oleh empunya Kelisa. Ayah
datang temankan aku di Wad Kecemasan sebab NJ out station ke Perak.
Ambil blood pressure, pergi X-ray kaki, kemudian jumpa doktor Ortopedik
untuk diagnosis keputusan x-ray dengan pakej mencuci luka yang berlubang
tadi. Ya, kesakitannya….Subahanallah…Malas nak cakap. Macam nak pengsan
pun ada. Tapi, ku tahan jua. Hati mesti kental! Mengikut keterangan
doktor, aku kena jalani pembedahan kecil pada luka di kawasan buku lali.
Dia kata, luka tu sedalam 2 inci. Pembedahan terpaksa dijalankan
keesokan hari sebab aku dah breakfast sambal sotong mak, masa dok
menunggu nombor giliran tadi. Ummm Cuti? 4 Bulan... Serik bawak motor? ummm.. tak kot. ;p
Awal 2011, NJ menjual CB4 nya. Dengan sedikit duit yang aku ada, kami berkongsi duit membeli satu lagi ZZR250 versi Karak (sebab owner lama kaki layan Karak hehe). Motor ZZR aku, NJ guna sebab motor tu mengalami beberapa masalah enjin. Selepas enjin dibaiki, NJ jual motor tu. Hasil jualan tersebut, NJ membeli Aprillia Pegaso3 tahun 1997. DAFi (sebab nombor platnya DAF), antara motor ZZR terbaik pernah aku miliki. Entah apa si Adam modified kat motor dia aku pun tak tau. Tapi, motor dia lebih ringan daripada ZZR aku yang lama. Alhamdulillah DAFi tak banyak beri masalah kepada aku.
![]() |
Macam remaja lari dari rumah kan! hahahaha |
Lebih kurang dalam pertengahan 2011, member aku dengan berat hatinya ingin melepaskan kekasihnya, Kawasaki Ninja ZX2. Geng ZZRianz agak terkejut jugak bila dengar keputusan Tok Misai nak menjual motor kesayangan beliau, sebab kami sedia maklum betapa sayangnya Tok Misai pada motornya tu. Aku pulak, pucuk dicita ulam mendatang lah! Memang dah lama aku impikan motor ZX2 ni.
![]() |
Aku dan lil'Rusteze sebelum di-makeover
|
Bagi aku, walaupun ianya motor lama dan hanya berkuasakan 250cc tapi ia antara motor 4 piston yang ideal dan mampu dimiliki. Aku sayangkan DAFi sebab dia jarang bikin masalah pada aku. Tapi untuk memilik ZX2 Tok Misai, aku terpaksa menjual DAFi. Entah kenapa, DAFi agak payah nak dijual. Nasib baiklah Tok Misai boleh dibawak bincang. Hampir sebulan jugaklah DAFi tu tertempek kat Mudah.my. Akhirnya, ada jugak la yang sudi 'memelihara' DAFi.
Entah kenapa, aku begitu teruja dengan motor Tok Misai
ni. Walaupun fizikalnya agak daif sket, tapi enjinnya masih dijaga baik.
Ditambah lagi dengan mufler kontot yang telah ditukar membuatkan derumannya
mencairkan hatiku...eceewah. Agak janggal jugak, sebab kedudukan sit depan ZX2
agak rendah berbanding ZZR. Kalau setakat nak tolak atau undur motor tu, kayuh
dengan kaki je. Paling tak boleh lupa, member-member termasuk rakan sekerja, kata aku macam budak sekolah bila berada atas motor tu. hehehe..
![]() |
Gambar daripada Facebook SRG Design Studio |
Dengan sedikit duit yang ada, aku meng-makeover semula wajah
ZX2 ku. Kepercayaan diberi kepada SRG Design Studio yang bertapak di
Setapak untuk mereka bentuk sticker pada badan motor. Aku beri sedikit
idea. Aku nakkan design Sponsor Lighting McQueen dalam cerita Cars: RUST-EZE.

Misi aku seterusnya nak bawak lil'Rusteze ke Sepang
International Circuit. Tapi sebelum tu aku kena pastikan stamina aku
dan lil'Rusteze ditahap yang terbaik. Jangan nanti tak habis 1 lap,
aku dah pancit, motor pulak breakdown. Mintalah dijauhkan.
![]() |
Kenangan lil'Rusteze dan Pegaso di Genting Highlands |
No comments:
Post a Comment