Sunday

Kiub-Kiub


Ini gambar lama. Aku tak ingat tahun bila tapi aku buat kiubik ni untuk letak coklat syiling di dalamnya. Aku pernah buat saiz yang besar sikit untuk memuatkan 4 biji Ferrero Rocher semasa Majlis Persandingan rakan ofis aku. 

Nak buat apa barang-barang selebihnya? Aku ingat aku nak keluarkan dan habiskan jer. Mungkin berguna bila nak digunakan. 
 Ini antara cara nak buat kiubik. Tapi takde ferrero Rocher nak diletakkan. Tak ada 'tutorial' di sini yer macam mana nak buat kiub ni. Gambar tu sekadar panduan secara rambang sahaja. Tapi, petua yang boleh dikongsi bersama di sini ialah Penggunaan Clear Nail Polish untuk elakkan ribbon tu dari beruas. Lepas tu, letak jugak pada bahagian knot point. Bahagian ribbon yang dah dipotong dan ikatan tadi akan melekat dan keras... InsyaAllah. **

No comments:

Post a Comment