Tuesday

Blood Donor, LU Ada Bran??

"LU Orang memang berani buat wekang. LU orang memang berani cantas treler kat selekoh maut, Pahlawan Sagat Berapi kat Trek, layan karak setiap minggu. Tapi.... Lu orang ada berani DERMA DARAH?"  Apa kata anda, para Pahlawan; naikkan taraf Pahlawan anda ke tahap Dewata  dengan menyalurkan darah Pahlawan anda kepada insan-insan yang memerlukan.  Wahai bikers yang gagah perkosa, anda sudah tentu fahamkan kenapa darah anda diperlukan. Andai tidak hari ini, mungkin suatu masa nanti keluarga, saudara-mara, rakan taualan malah orang tersayang anda yang memerlukannya. Kalau stakat tersagat kat jalan korang boleh hadapinya, apatah lagi sekadar jarum kecil di lengan anda...anda..  




*****

Aku dah lama teringin nak menderma darah, sejak aku masuk kolej lagi. Tapi berat badan aku tak pernah lepas daripada syarat-syarat kelayakan warga yang boleh menderma darah. Berat aku dari sekolah tingkatan 5 sampai la aku beranak 2 ni, maintain 43-44kg  je. Kuruskan? hahahaaa.. tapi alhamdulillah aku sihat walafiat.

Pendekkan cerita, event Bikers Care, Blood For Future ini berlangsung pada Sabtu, 7 Julai lepas. Aku dan rakan-rakan Lady Bikers Malaysia bersama-sama dengan Pusat Darah Negara dan Nurse-nurse student MAHSA berkerjasama dalam menjayakan program ini. Sebelum ni rakan-rakan ladybikers dengan TV3 dah buat konvoi keliling KL, dok promo event ni sebelum ianya berlangsung.  Pagi tu aku tolong geng LBM di bahagian kaunter pendaftaran. Ummm... budak-budak ni kalau jumpa memang tak hengat punya. Riuh rendah tempat pendaftaran. Yang paling best segmen memujuk kawan-kawan yang meneman si penderma. Racun terbaik punya! hahaha. Alhamdulillah... pintu hati diorang terbuka untuk membantu. Mungkin nampak nurse-nurse kiut kat situ kot hehe.
Ahkak-ahkah LBM gi urut kaki  sat naaa. 
Lenguh dok bangun diri, bangun diri , dari pagi tadi. :)
(Awek specky yg tgh mengurut tu geng LBM gak. 
 Sampai orang sebelah tak leh cari makan!) 

                        
       Adik Student MAHSA. Kebanyakannya orang Sabah-bah! 
Giliran diorang jaga untuk sesi tengahari


Aku balik awal, sebab NJ pun nak menderma jugak. Petang tu, aku satu keluarga dengan mak mertua sekali turun ke Taman Tasik Titiwangsa. Aku saja je main timbang badan manalah tau kan berat aku naik sket ke lepas makan tengahari. Tak disangka-sangka berat badan aku naik 46kg!! yehuuu! Meloncat-loncat aku kat situ. Tapi, bukan la sebab aku baru lepas makan yer! Memang berat badan aku dah naik! (Lunch aku tu berat 3 kilo ke? hahaha)

Tak sabar-sabar aku nak masuk dalam khemah tu nak menderma. Tapi, rasa nervous pun ada jugak. Macam mana kalau timbang tu tipu, aku sebenarnya 44kilo je ke? Tapi, jiwa donor tu sangat kuat. Aku abaikan saja rasa-rasa yang kurang enak tu. 

Alhamdulillah..semasa dan setelah menderma aku tak mengalami langsung simtom-simtom hypo ke, pitam ke... maintain je berjalan keluar dari khemah. Cuma bila masuk dalam kereta aku lapar sampai NJ tercengang tengok aku makan roti dan 100plus dengan rakusnya.  



Hadiah Misteri yang kami terima selepas menderma darah

Aku tak seru siapa-siapa pun kecuali para bikers dan mat/minah motor-terhandal dipasaran di luar sana, sebab aku tau anda sekalian berani-berani belaka. Kalau anda sihat tubuh, cukup berat badan dan tak ambil sebarang ubat-ubatan atau bahan terlarang, anda pergilah menderma darah. Tak payah nak tunggu event macam ni pun. Pergi jer ke Pusat Darah Negara. Butiran selanjutnya boleh dilayari di http://www.pdn.gov.my 
Peta ke Pusat Darah Negara
Apa kelebihan yang kita dapat (dari segi perkhidmatan perubatan) sekiranya kita menderma darah dengan Pusat Darah Negara? (Berdasarkan laman web PDN)

Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :

[Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005:]




Senaraikan kriteria Penderma Darah:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2. Berumur di antara 18-60 tahun.
- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3. Berat badan melebihi 45 kg.
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk
    ubat-ubatan lain.
7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10.Untuk penderma wanita:
  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak.
11.Jangan menderma darah jika anda:
  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  •  Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.










No comments:

Post a Comment