Wednesday

SALAM AIDILFITRI 2012, 1 SYAWAL 1433H


Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T aku dapat menyambut Hari Lebaran bersama-sama dengan yang tersayang pada 1 Syawal 1433 Hijriah ini. Pada tahun ini, giliran aku berkerja selama 4 hari bermula sehari sebelum raya hingga Hari Raya ke-3. Syukur ke atasNya sebab memberi hikmah yang tidak terhingga kepada diriku dek kerana aku duduk berdekatan dengan Ayah dan Emak, tahun ini aku beraya dengan mereka. Jika mak dan ayah duduk di negeri lain susah juga memikirkan antara giliran tugas kerja, kampungku dan kampung NJ (fening nok!)




Keindahan 1 Syawal tahun ini ialah aku dapat mencium tangan ayah dan emak  dan adik beradik di pagi raya. Mungkin ada yang meremehkan suasana itu. Tapi bagi aku, nikmatnya aku boleh rasakan dua tahun sekali sahaja. Selagi kami bernafas di dunia ini, selagi adik beradik atau aku sekeluarga tidak terpisah jauh, selagi keamaan di negara ini berterusan selagi itulah kami akan meneruskan tradisi berkumpul dengan keluarga ini. ----tetiba sayu huhu..



Tahun ni umpama beraya sakan, ramai juga saudara mara ayah balik ke rumah Nyaie (Nenek, dalam Bahasa Jawa). Rumah Nyaie pun seblok dengan kami, cuma tingkat sahaja yang berbeza. Punyalah jarang aku berjumpa dengan adik-adik sepupu aku, bila dah berkumpul semuanya dah besar panjang dan comel loteh belaka. Terubat sedikit kerinduan setelah setahun payah sekali kami bertemu.     





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SELURUH DUNIA.



No comments:

Post a Comment