Tarikh: Ahad, 15 Julai 2012
Agak lama juga Rusteze tidak dibawa berjalan. Hampir 4 bulan agaknya? Dek kekangan kerja dan masa yang tidak mengizinkan. Kalau diikutkan, Rusteze pun tak berapa sihat. Gearnya susah nak masuk, serta ada simtom-simtom awal dia yang perlu dibuat clearance valve.
Pagi Ahad, aku bangun lambat, sebab malam tu kami balik dari Kenduri tahlil rumah paman dalam pukul 3 pagi. Janji dengan Adam dan Mo pukul 8.30pagi. Aku bangun pukul 8pagi. Aku minta diorang gerak dulu sebab aku tau, mau pukul 9.30 kami baru nak gerak dari rumah. Akhirnya, kami sampai ke Pekan Karak dalam pukul 10.30pagi.
Dari jauh, aku boleh nampak deretan superbike tersusun di hadapan kedai Mak Andak. Aku dan NJ pula meletakkan motorsikal masing-masing di kawasan dataran berdekatan dengan Masjid. Dalam mataku melilau mencari kelibat bebudak ni, NJ menguis bahuku menunding jari ke arah Mo yang sedang membuat lambaian kasih di meja makan di luar kedai. Sampai di meja makan, NJ bersalaman dengan kawan-kawan. Rupanya 'Orang Kelawang' pun datang juga. Tok Misai dan Don. Muka-muka yang tidak disangka ialah si Vigo dan Owner Lama Motor Bang Jimf (aku tak tahu nama dia :p). 6 orang yang telah selesai bersarapan, terpaksalah menunggu kami yang baru sampai untuk mengisi perut yang kosong.
Lebih kurang 50 minit berada di kedai Mak Andak, akhirnya kami bertolak balik ke Kuala Lumpur. Macam biasa, geng-geng 600cc dan yang memang biasa dengan Lebuh Karak sudah menonong ke hadapan. Aku dan NJ memang makan angin je di belakang. Minta maaflah, aku memang fobia dengan kereta. Sekali-sekala sahaja aku memecut, sebab jarak NJ dengn aku semakin jauh. Itupun bila aku rasa kenderaan tidak banyak atau dalam keadaan yang sesuai untuk memotong. Saya ialah pemandu yang berhemah..kihkih.
Ikut jam. NJ, Tok Misai, Vigo, kawan Vigo :p, Don, Adam dan Mo |
Hentian akhir sebelum kami berangkat pulang ke rumah masing-masing ialah hentian selepas tol Gombak. Bukan hentian pun, cuma ada ruang tempat kenderaan berhenti di bahu jalan. Aku sempat singgah di RnR Gombak sebab 'tangki dah penuh'. Tiba di kawasan mereka menunggu, aku tengok Tok Misai siap tergelak-gelak tengok kami berdua. "Siap singgah yer Sya!" tegur beliau. Sabo je. Nak kata apa, dah terdesak. hehehe.
Tengah seronok borak dan ketawa melihat Tok Misai tak habis-habis membahan NJ sejak kami sarapan di Pekan Karak tadi, 2 buah motorsikal; BMW Motorrad dan Aprillia Shiver 750 melintas di hadapan kami. Aku kenal betul empunya BMW tu. Orangnya kecil molek. Nott. Dan, yang bersamanya confirm Oya. Oya ada BBM (Blacberry Massenger) aku sama ada aku hendak ikut dia santai ride ke Genting Highlands pada hari yang sama. Tapi, aku ambil keputusan untuk mengikut adam dan yang lain-lain ke Karak. Tak sangka pula kami bertemu di hentian tepi tol Gombak ini. Lepas, posing-posing badan dah kurang rasa stress, kami pun bertolak balik. ...
Rider Posing yang comel-comel. |
Muka tidak mahu dikenal pasti hahaha. Kiri Oya. Sebelah aku ialah Nott |
No comments:
Post a Comment