Okey, Ahad 9 September; Hari paling gembira, huru hara dan diselangi
dengan kesakitan melampau di seluruh tubuh. Alhamdulillah sesi penyesuaian diri
dengan suit di atas motor berjalan dengan baik. Dengan Baik ye,
bukan Dengan Lancar! Al maklumlah, pertama kali aku menyarung
kulit lembu diseluruh tubuh. Berat dia, toksah lah tanya sebab aku tak pernah
terfikir nak pergi timbang. Anggaran berat mungkin
dalam 7-8kg kot. Mungkin lebih.
Selalunya aku pakai jeans je. Lepas tu, knee
protector ku selit dalam seluar jeans tu. Tapi kali ni, humpffff!!!! Nak angkat
kaki sebab nak duduk atas seat motor pun, sampai terkeluar nafas lembu.
Percaya tak korang, aku
hanya mengambil masa 10 minit untuk bersolek, tetapi menghabiskan masa 50 minit
HANYA untuk menyarung kulit lembu cap Alpinestar ke badanku
-----Punyalah Noob!!! Tambah lagi 25 minit sesi panaskan
enjin rusteze dan........sesi kangkang! weehuhu! Kangkang untuk duduk
atas motor. 3-4 kali aku cuba buat. Agaknya kalau ada pakcik dan makcik yang
nampak perbuatan aku ni...ummmm well diorang tak leh nak cakap apa sebab dah
terpana tengok Rider GP mana ntah duduk kat flat diorang, pepagi nak pergi
battle kat trek. Walhal sebenarnya, seorang Kanak-kanak McDonald Happy Meals
yang berpakaian Power Rangers sedang terkial-kial nak naik motor benteknya!
Adoii.
Kami sampai di BHP Tol Gombak lebih kurang pukul 8.30 seperti yang
dijanjikan. Sesi kali ini hanya ada Adam, Mo, Asri dan Arep (Geng moto
pendekar); NJ (pengawas latihan ;p) dan aku (amatur). Macam biasa tuan-tuan
sagat berapi tu dah ke depan. Aku dan NJ santai di belakang. Kekadang, aku main
juga dua-tiga line corner tapi rasa kekok lebih menguasai diri. Memang susah
sikit nak kendalikan motor dengan suit yang keras kejong macam tu.
Brader-brader ni cakap, kulit tu keras lagi. Nanti dah lembut InsyaAllah dah
tak ada masalah (pakai seminggu sekali... so, tahun bila lembutnya aku
pun tak tahu)
![]() |
Tengah serasikan diri lagi sebelum jalan. Terkial-kial nak angkat kaki . |
![]() |
Dari depan; Arep, Mo, Adam dan Asri. NJ jadi photographer.----Suka suki je aku sandar kat motor orang eheheee |
>> Sesi pembelajaran berakhir dengan: Banyak lagi yang lompang. Dan yang paling penting, aku kena banyak bersenam. Aku kurang stamina. Masa balik, aku dah pancit separuh jalan. Bila corner, tayar depan asyik wobble, maknanya aku dah kurang tenaga nak kawal handle. <<
![]() |
Rider Posing WAJIB! Senyum tak ikhlas. Sedang menahan kepanasan |
BERAYA DI RUMAH AREP
Habis sahaja sesi men-sauna-kan badan, kami terus bergerak ke rumah Arep di Saujana Putra. Korang bayangkan........ dari tol Gombak shoot terus ke Saujana Putra (sempadan Puchong dan Putrajaya) Perghh! aku pun tak tau apa tebiat aku, excited nak ke rumah Arep dengan berpakaian sedemikian rupa. Si Mo dan Asri dah tentu duduk Seremban, ada alasanlah jugak sebab sekali jalan ke rumah. Yang aku ni kot yer pun, macam tak reti-reti nak balik tukar baju dulu ke?! Datang open house Hari Raya pakai racing suit?! Apa kejadahnya?! Seb baik tuan rumah pun pakai racing suit jugak. Tak lah nampak jaki sangattt ngehehehe. Tapi keputusan aku dan NJ untuk terus ke rumah Arep itu bersebab. Aku tahu, kalau aku balik rumah dulu sah-sah aku mandi lepas tu tidur dulu. Makanya, pukul 4 petang baru gerak ke Puchong. Lepas tu nak ke rumah terbuka Jimf lagi, rumah Mak Andak lagi. Aku ni pukul 1230 tengah malam nak masuk kerja...bla bla bla...
"Aku tak tau lah kenapa nasib aku hari tu, Rusteze . Kenapalah minyak kau boleh habis lagi 200 meter dari rumah Arep? Yang aku heran, dalam banyak-banyak tempat nak ke rumah Arep tu, kenapa ko pilih dekat kawasan roadblock untuk mati? Betul-betul lepas roadblock enjin ko mati! Ko tau tak betapa malunya aku masa nak bukak helmet? Lepas tu terkial-kial nak pulas adjuster minyak dari ON ke Reserve? Dah tu, abang-abang polis yang encem pandang je aku dari jauh, mungkin sebab diorang sedang bertugas masa tu. Aku pun tak nak diorang datang tolong, kang tak pasal-pasal aku kena sign autograph (Manalah tau, kalau dah nak kena)! Seb baik, abang NJ patah balik datang tolong tau!....... Ye la, ye laaa aku tau aku yang salah. Saper suruh tak jenguk tank ko dulu sebelum gerak. :p"
hehe...akhirnya tersarung jugak lesing suit tu ek... haaa.. pe lagiii terus lepas geram laa tu.. Ate hari tu ride x bawa sekali mesin jahit? hehehe
ReplyDeleteMesin jahit tu untuk bersenam kat rumah laa hehehe
Deleteeh tak kuar lak komen teman tadi hehe... pening tul nk post sini.. ate dh kira jadi blogger jugak la ni..
ReplyDeleteSalah setting text color la bang jimf heheheh.
Deletedewi karak dah turun dari kayangan....ngeeeeee
ReplyDeleteuiks...I'm just a beginner la bang. Minta tunjuk ajar yer!
Delete