Saturday

LAMANYA TAK POST BLOG!!

Assalamualaikum..


Fuyooo!! Lama gila tak post blog. Mood nak blogging tak ada sejak 2 menjak ni. Macam-macam benda kena buat sejak Dila balik ke Indonesia. Alhamdulillah dia kembali jugak ke Malaysia. Berpinar mata dia tengok rumah aku yang berserabut ni hahaha.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi pada awal Julai lepas aku selamat melahirkan puteri comel, Aina Sufya Mohd Niezwan di PPUKM. 

9 Oktober 2013 bersamaan 30 Syaaban 1343 hijrah. Aiii lagi sehari je nak puasa. Sebulan la gamaknya kena ganti puasa. Seminggu 2 hari puasa. Isnin dan Khamis... InsyaAllah moga dikuatkan iman ku. 







Aina pada hari ini dah masuk 4 bulan. Dah pandai meniarap tapi tak reti pusing balik. Merah padam muka dia nak cuba terlentang balik. Dia masih menyusu badan dan aku nekad nak susukan dia sepenuhnya sehingga 6 bulan. 

Sekarang memang melayan produk Shaklee jer la. Antara supplement yang berjaya menambat hati aku. Susu aku jadi pekat, anak aku cepat kenyang. Hahaha.. asyik-asyik Shaklee. Asyik-asyik Shaklee. Asal blogwalking jer mesti ada yang promote Shaklee. Bih nak cakap macam mana lagi, produk ni memang bagus, murah pulak tu.

 Aku rasa orang meluat sebab produk MLM kot. Tapi aku kategori pengguna tegar. Family aku pun amibik Shaklee. 

So wajib aa jadi ahli nnti dapat rebate balik (ala kupon jusco gitu kaan tapi ni dalam bentuk tunai).. Asal MLM je kena paksa jadi ahli ek. Aku ok je. Tak de sapa-sapa paksa aku invest 10juta. :p 
OOT pulak! hehe.

PROMOTE BABYWEARING PULAK


Poyo tak? Hahaks.. Tapi memang rasa bangga la dapat dakap dia ke mana saja aku nak pergi. Tapi bukanlah aku anti stroller. Stroller pun penting jugak. Lagi-lagi masa aku nak makan kat restoran. 
Cuma sesetengah tempat macam kat warehouse sale ke, kat pasar malam ke, atau tempat-tempat yang ramai orang, gendong ni sangat berguna. Nak nenen pun senang. 


Yang aku pakai tu ringsling cap Jumpsac baby. Buatan anak tempatan ni. Uihh dah lama berjasa sejak Mamer lagi (dah 4 tahun tuuu). Elok lagi, sekadar warna pudar. Tak nampak pun kain tu bertetas atau menipis. 

Sekarang ramai anak tempatan yang berjaya buat gendongan ni. Range harga dalam RM150++ camtu (Ring sling). Mahal la sikit sebab kain kena berkualiti. Kain cotton jenis batik pun antara yang terbaik. Tapi aku rasa ramai yang tak nak pakai ala-ala batik ni sebab nampak macam negara jiran. Adoai...Macamlah batik Malaysia ni tak cantik.

  Nantilah.. kalau ada kelapangan aku nak merayau ke Terengganu cari kain batik lepas yang kontemporari.  Kain batik yang ada banyak kat rumah nuuu.. sayang tk cukup panjang. 




Ring biru pada sling tu bukan sebarang ring eh. Memang khas untuk babywearing. Satu ring boleh tahan sehingga 250pound = 113.4kg. Boleh rujuk sini http://www.slingrings.com/
Jangan ngada-ngada nak pakai ring langsir pulak. Tampor kang hehehe. Bahaya! Ring langsir tidak dibuat untuk ketahanan melampau. kepada yang teringin nak DIY ringsling ni, boleh la google je. 

Ring untuk buat sling boleh beli kat vendor tempatan je -->  http://snuggbaby.com/store/
Carrier Harley Davidson yang aku pakai tu aku tempah pada Snuggbaby jugak. Alhamdulillah. Aku memang tabik hormat dengan rakan-rakan aku ni. Hasil jahitan memang kemas setanding dengan carrier antarabangsa. Harga pun berpatutan.  

Abiss...


::SyahidahJamsari::






No comments:

Post a Comment