-Entri Lama baru nak pos! -
Assalam.. Hulalalalala~~ Berbunga-bunga hari ni masuk ofis. Bangga weh pakai baju yang dijahit sendiri.
Kain ni adik aku belikan kat Mumbai masa dia ada lawtan sambil belajar ke sana. Cantik sangat. Aku memang suka gila. Dah lama jugak dia beli 3-4 tahun lepas kot??? ahaahaha
So, satu hari pegang punya pegang, aku rasa nak cuba jahit satu jubah dress sari. Percubaan pertama nak asah skill menjahit.
Aku bajet kain sari senang nak dikendalikan sebab ringan dan nampak tak degil. Sekali...pfftt!
Yang aku perasan, lepas potong je kain sari ni, kena cepat-cepat jahit tepi atau kena lipat elok-elok. Jangan ler, ko campak ke tepi bergumpal-gumpal. Sebab, kain dia cepat beruas. Beruas tu..mmm...mmm... ala-ala benang-benang kain yang dipotong tu cepat tertarik/tertanggal. Huihh.. ngeri aku tengok.
Kedua, semasa jahit tu kain asyik lipat bertindih, sebab terlampau ringan sangat. Settle jahit je, bila check balik ada kain tertindih kat tempat jahitan...aragghhhh.. Banyak kali aku kena. Rasa fedap pun ada!
ke-3, part potong leher tu, aku terpaksa bakar bekas potong leher tu nak elak kain tu berua. Of course la, x boleh jahit tepi part leher tu, harap jahit tindih je. tapi aku tak yakin. kesimpulannya kerja aku jadi banyak!
Untuk aku yang nubie (newbie) ni, memang kesipalan yang besar la jahit pakai kain sari.
Kipas angin...ya..kipas angin adalah musuh ketat aku pada masa ni. Asal nak potong kain je, sari tu terbang.... asal nak potong kain je, Mamer baring atas kain... hahaha
Tapi Alhamdulillah. Berkat kesabaran, dan sayang sangat pada kain pemberian adik ni, berjaya jugak aku siapkan jubah ni..
*****
No comments:
Post a Comment