Saturday

Mandi Bunga Mawar

Seumur hidup aku, sebenarnya aku tak pernah mandi bunga sebab bila sebut mandi bunga, aku kena cari mak andam atau seseorang yang pakar dalam mencari pelbagai jenis bunga wangi.

Aku pernah bertanya dengan orang-orang tertentu apakah faedah mandi bunga ni, dan ada antaranya memberi aku jawapan yang bagi aku boleh mengundang ke arah syirik. Huhu jangan buat main-main oooo...
Gambar Hiasan

Menaikkan seri wajah, membangkitkan aura atau semangat yang pudar adalah antara beberapa pandangan yang boleh diterima kerana haruman bunga mawar ini mempunyai ejen penenang yang dapat membantu minda serta otot badan menjadi relaks.

Selain dari itu, sekiranya diamalkan selalu khasiat daripada bunga mawar sendiri dapat membantu mencantikkan serta mencerahkan kulit. Diulang....Mencerahkan kulit. Bukan Memutihkan. Harap Maklum hihi.



Kalau dulu kita terpaksa mencari mak andam, mak bidan, tukang urut atau pakar spa untuk membuat mandian bunga ini. Tapi, sekarang ada satu syarikat tempatan yang telah mengusahakan produk berasaskan patian bunga mawar. Salah satu produk yang dikeluarkan ialah MANDIAN MAWAR.

Mandi bunga sangat sesuai untuk para pelajar yang nak ambil exam, wanita selepas bersalin/ selepas pantang, wanita selepas datang bulan- PMS, badan atau minda lesu, kemurungan.

Cara ini sangat-sangat membantu membaiki mood dan menyokong ke arah ketenangan jiwa. Selebihnya jiwa perlu tawakal dan kembali kepada Allah (SWT). Rasululllah pun suka pada wangi-wangian. Maka, apa salahnya jika cara ini dapat membantu kita menjadi lebih baik dan mengikut sunnahnya. InsyaAllah. :)

Air Mandian Mawar Zeeta mengandungi pati 7 jenis warna kelopak bunga mawar yang diadun bersama berapa mineral yang berfungsi sebagai pelembap kulit.

Produk Zeeta TIDAK mengandungi sebarang bahan kimia sintetik dan disahkan oleh Malaysian Islamic Spa Practice (ISP) KPDNKK. 


Zeeta Mandian Bunga didatangkan dalam 2 saiz,
500 ml : RM27.50
1 liter : RM55

Whatsapp Syahidah: 010-5356431

Nampak tak harga tu?! Nampak tak?!! Memang dah tahap harga kasih sayang dah tuu!
Tak perlu belanja ratus-ratus ringgit untuk mandi bunga. Buat kat rumah pun boleh. 

Best rupanya mandi bunga ni. Boleh buat sendiri je! Harga pun memang sangat sangat berpatutan.

Sebenarnya, tidak ada konsep mandi bunga hanya pada malam Jumaat, hari Jumaat sahaja. Ko nak mandi hari-hari pun tak pe. Tak de sape larang. Lagi best!

Mula-mula aku beli 500ml je bajet nak pakai sendiri. Sekali dengan anak-anak, suami pun tumpang sekaki memang kena beli 1 liter lah! Harum semerbak bau mawar dalam bilik air. Memang best!

Ye betul! Mandian ini boleh digunakan untuk seisi keluarga. Tiada pantang larang yang perlu diamalkan. Lebih afdal guna air biasa yang ala-ala sejuk tu, bukan water heater sebab enzim mawar bertindak aktif pada suhu rendah. ##





No comments:

Post a Comment