Posting ni akan dikemaskini berdasarkan pemerhatian akak setiap hari. Baik di laman sosial atau secara fizikal.
1. Mentaliti kelas ke-3 ialah pemandu dan penunggang kenderaan yang berhenti di lintasan zebra ketika lampu merah ataupun traffic jem. Menindakkan hak pejalan kaki.
2. Mentaliti kelas ke-3 ialah pemandu yang meneruskan pemanduan walaupun lampu sudah bertukar merah. Malah sengaja menghalang laluan trafik berikutnya. Kemudian pura-pura melihat handphone sebab dia tahu semua makhluk di situ sedang memaki hamun dia.
3. Mentaliti kelas ke-3 ialah penumpang lif yang tidak mendahulukan orang yang kurang upaya untuk masuk ke dalam lif. Terpinga-pinga dia ditinggalkan keseorangan dgn anak yg sakit dalam stroller.
4. Mentaliti kelas ke-3 ialah orang yang buang sampah dari dalam kereta. Hinanya engkau dipandang, walaupun kenderaan mahal berjuta ringgit.
5. Mentaliti kelas ke-3 ialah orang yang suka jadi batu api dan tukang menyalak di belakang. Tapi tidak pula berani berdepan dengan individu itu.
No comments:
Post a Comment